Ahad, 22 Julai 2012

Kenangan Puasa Bersama Gaban

Alhamdulillah hari ni da hari ketiga umat Islam di Malaysia menyambut Ramadhan..Tetiba Nour teringat kenangan berpuasa bersama rakan baik Nour.. Kami gelar geng kami sebagai Gaban...


Hampir dua tahun berlalu, kenangan berpuasa bersama Gaban tetap kekal dalam ingatan.. Empat tahun bersama Za & Rubi berpuasa dan berbuka bersama-sama di hostel asrama UniSZA…. Kenangan yang tak boleh lupa adalah periuk elektrik (rice cooker) kami dirampas oleh pihak asrama. Siapa yang pernah tinggal di hostel tu mesti tau kan peraturan yang rice cooker tak dibenarkan untuk digunakan di asrama...hehe...tapi itulah degil sangat dah kena rampas.

Nour juga rindu untuk bersama-sama korang berjalan-jalan di bazaar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka. Kalau kami rajin, kami jalan kaki je ke bazaar dan bila kemalasan dan keletihan menjelma kami akan naik van kuning ke bazaar.. tambang pun murah je iaitu 50 sen dan pegi balik baru RM 1..

Kemudian time berbuka kami akan berbuka bersama-sama dan selepas berbuka kami akan berjalan kaki ke surau berdekatan untuk solat tarawih...

Buat Za & Rubi, saya amat merindui kenangan bersama kalian...







Kebetulan pula selepas upload gambar baru perasan yang kedudukan kami semasa bergambar adalah sama bagi ketiga-tiga gambar ini.. Nour sebelah kiri, Rubi di tengah dan di sebelah kanan adalah Za..



0 comments:

 
Copyright 2012 © Reserved to Arimaliamsi Design By Cik Nurfarah