Ahad, 15 Ogos 2010

Jati Diri

Menurut al-Hakim at-Tarmizi, langkah-langkah mendidik jati diri boleh dicapai dengan 7 langkah berikut, iaitu:

i. Taubat
ii. Zuhud
iii. Memusuhi nafsu
iv. Al-Mahabbah
v. Membatasi kehendak hawa nafsu
vi. Al-Khasyyah
vii. Al-Zikr

Memulakan Peningkatan Diri Dengan

i.) Bertaubat.
Taubat adalah anak tangga pertama ke arah memperbaiki diri.Ia bermakna
kesedaran yang mendalam terhadap kesalahan dan kelemahan diri.
Dengan timbulnya penyesalan yang amat mendalam terhadap segala kesalahan,
kelemahan dan dosa2 tersebut.

ii.) Zuhud.
Ia bermaksud mengurangkan minat atau hajat kepada perkara yang harus. Seorang
yang zuhud sewajarnya tidak mengharapkan syurga, tetapi memang didorong oleh
sikap memandang remeh terhadap dunia.Niatnya adalah menumpukan perhatian
sepenuhnya kepada Allah SWT.
Orang yang zuhud tidak cenderung pada harta banda dunia untuk tujuan
membersihkan jiwa.

iii.) Memusuhi Nafsu.
Nafsu sering menjadi tempat terletaknya beberapa kelemahan dan kehendak yang
sering membawa kepada kejahatan.
Sekurang-kurangnya, ada 7 gejala yang perlu dihadapi iaitu:

i)Nafsu syahwat
ii)Keinginan @ raghbah
iii)Rasa takut @ ruhbah
iv)Rasa marah @ al-ghadgab
v)Syak @ ragu2
vi)Syirik
vii)Alpa @ ghaflah

iv.) Al-Mahabbah.
Ia bermula dengan kasih sayang.Kasih sayang sejati bermula dengan kasih
kepada Allah,diikuti dengan rasa kasih kepada Rasulullah dan orang beriman,
seterusnya kepada gerakan dan negara.

v.) Membatasi kehendak hawa nafsu.
Kecenderungan yang disukai secara melampau @ dengan cara yang tidak betul ini
perlu dikawal.Setiap tindakan yang bakal dilakukan mestilah difikirkan baik &
buruknya.Fikirlah sebelum bertindak.

vi.) Peningkatan Khasyyah (rasa takut kepada Allah).
Semakin dalam kasih seseorang kepada Allah,maka semakin ia berharap terhadap
rahmatNya. Semakin takut kepada kemurkaan & azab seksaan Allah,maka makin baik
& pulih perangainya.

vii.) Sentiasa Al-Zikr (berzikir).
Amalkanlah zikir pada setiap hari kerana dengan zikir kita akan sentiasa
mengingati Allah & dapat membersihkan hati serta jiwa kita.


glitter-graphics.com

Isnin, 2 Ogos 2010

KIDS FOR SAVING EARTH PROMISE SONG

KIDS FOR SAVING EARTH PROMISE SONG

The Earth is my home
I promise to keep it
Healthy and beautiful
I will love the land, the air, the water and all living creatures.
I will be a defender of my planet
United with friends
I will save the Earth.
United with friends
I promise to keep it
United with friends
I will love the land
United with friends
I will be a defender
I will save the Earth
I will save the Earth.




glitter-graphics.com
 
Copyright 2012 © Reserved to Arimaliamsi Design By Cik Nurfarah