Ahad, 22 Julai 2012

Kenangan Puasa Bersama Gaban

Alhamdulillah hari ni da hari ketiga umat Islam di Malaysia menyambut Ramadhan..Tetiba Nour teringat kenangan berpuasa bersama rakan baik Nour.. Kami gelar geng kami sebagai Gaban...


Hampir dua tahun berlalu, kenangan berpuasa bersama Gaban tetap kekal dalam ingatan.. Empat tahun bersama Za & Rubi berpuasa dan berbuka bersama-sama di hostel asrama UniSZA…. Kenangan yang tak boleh lupa adalah periuk elektrik (rice cooker) kami dirampas oleh pihak asrama. Siapa yang pernah tinggal di hostel tu mesti tau kan peraturan yang rice cooker tak dibenarkan untuk digunakan di asrama...hehe...tapi itulah degil sangat dah kena rampas.

Nour juga rindu untuk bersama-sama korang berjalan-jalan di bazaar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka. Kalau kami rajin, kami jalan kaki je ke bazaar dan bila kemalasan dan keletihan menjelma kami akan naik van kuning ke bazaar.. tambang pun murah je iaitu 50 sen dan pegi balik baru RM 1..

Kemudian time berbuka kami akan berbuka bersama-sama dan selepas berbuka kami akan berjalan kaki ke surau berdekatan untuk solat tarawih...

Buat Za & Rubi, saya amat merindui kenangan bersama kalian...







Kebetulan pula selepas upload gambar baru perasan yang kedudukan kami semasa bergambar adalah sama bagi ketiga-tiga gambar ini.. Nour sebelah kiri, Rubi di tengah dan di sebelah kanan adalah Za..



Khamis, 19 Julai 2012

Semakin bertambah usia, semakin pendek umur di dunia

Alhamdulillah syukur padaMu Ya Rabb kerana memberi peluang pada Nour bernafas lagi di muka bumi ini.. Usia Nour bertambah lagi pada 18 Julai 2012 ni...Pertambahan usia ini menandakan bahawa semakin pendek umur Nour di dunia ini...



Terima kasih buat keluarga dan teman-teman yang mengucapkan ucapan Selamat Hari Lahir dan doa-doa yang baik buat Nour.Pada teman yang memberikan hadiah Nour sangat menghargainya.Sebenarnya bukan hadiah yang diinginkan cukuplah sekadar ingatan dan doa dari kalian kerana itu lebih bermakna buat Nour...

Nour sangat berterima kasih pada Mak Nour yang tercinta sebab tanpanya Nour tidak ada di dunia pada hari ini...Terima kasih Mak kerana melahirkan Nour di dunia ini...Nour berdoa agar Tuhan memberikan Nour peluang untuk berbakti pada kedua ibu bapa Nour. Nour juga berdoa pada Tuhan untuk lebih dekat padaNya seiring dengan usia yang semakin bertambah ini...Nour harap sangat agar peluang yang ada di atas dunia ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dengan beribadah kepadaNya. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

'' Sebaik-baik kamu orang yang panjang umurnya dan baik amalnya kepada Allah" ( Hadis Riwayat Imam Hakim dari Jabir r.a )

Buat semua, Nour juga mohon maaf atas kekhilafan dan kesalahan yang pernah dilakukan.. Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah...AMIN....

Barakallah fi umrina.....

Jumaat, 13 Julai 2012

Contest MEGA2012 Hazwan Hairy


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..
Nour ingin mencuba nasib untuk join Contest MEGA2012 Hazwan Hairy
Terima kasih buat Munirah Zahari sebab invite Nour untuk join contest ni.

 

Klik header di atas kalau nak join contest ni.

Ni plak header Nour yang direka oleh Cik Farah




Header Nour ni simple je.Maksud header Nour ni adalah Nour sukakan kebebasan seperti rama-rama yang terbang bebas dan warna hijau adalah warna favourite Nour.











 
Copyright 2012 © Reserved to Arimaliamsi Design By Cik Nurfarah