Selasa, 27 Julai 2010

Bumi Kita

Selepas blik dr tasik kenyir ni, rasa bertanggungjwb cikit pasal hal2 alam sekitar ni…
yalah klu bkn kita yg jaga bumi kita ni sape lg???

Firman Allah S.W.T dalam Surah Ar-Rumm ayat 41 yang bermaksud :

“ telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). “

Ayat Quran sudah jelas mengatakan bhw bumi ini akan rosak akibat dari perbuatan tgn manusia sdri. Buktinya kini, bumi semakin tenat dengan berlakunya penipisan lapisan ozon.

Sedangkn bumi yg kita duduki ini adalah amanah dari Allah yg perlu dijaga..
Di sini ada beberapa persoalan tentang peri pentingnya menjaga lapisan ozon di bumi yang semakin nipis:

Kenapa sinar Ultraviolet radiation (UV) berbahaya?
• Memudaratkn kesihatan mnsia
• Menyebabkan kanser kulit
• Menyebabkan katarak mata
• Merosakan sistem imunisasi tubuh
• Memusnahkan kehidupan

Apa itu lapisan ozon?
• Ia merupakan lapisan di stratosfera dengan penumpuan Ozon tertumpu di bawah stratosfera di antara 15 dan 30 km di atas permukaan bumi yang dikenali sebagai 'lapisan ozon'. Ozon terhasil dengan pelbagai tindakbalas kimia, tetapi mekanisme utama penghasilan dan perpindahan dalam atmosfera adalah penyerapan tenaga sinaran Ultraviolet radiation (UV) daripada matahari.
• Ozon (O3) dihasilkan apabila O2 menyerap sinaran uv pada jarak gelombang 242 nanometer dan disingkirkan dengan foto-pengasingan dari sinaran bagi jarak gelombang yang besar daripada 290 nm. O3 juga merupakan penyerap utama sinaran UV antara 200 dan 330 nm. Penggabungan proses-proses ini adalah efektif dalam mengekalkan kemalaran bilangan ozon dalam lapisan dan penyerapan 90% sinaran UV.

Apa berlaku pada lapisan ozon pada masa sekarang?
• Lapisan ozon menjadi semakin nipis sedangkan sinar UV terus meningkat menembusi bumi .
Bumi dan kehidupan kita semakin terdedah pada bahaya.

Apa yang menyebabkan lapisan ozon semakin nipis?
• Lapisan ozon menipis disebabkan oleh Ozone Depleting Substances (ODS) seperti penggunaan cholofluorocarbons (CFCs) yang digunakan secara meluas dalam penyaman udara dan penyembur aeresol
• Penggunaan baja organik yang berterusan dalam pertanian & menghasilkan nitrogen oksida.
• Jet supersonik yang melalui lapisan stratosfera
• Pembalakan yang berterusan menyebabkan kandungan karbon dioksida yang tinggi dalam udara.

Apa peranan kita??
• Mengurangkan pengunaan cholofluorocarbons (CFCs)
• Tidak membuang sisa bahan buangan CFCs seperti peti sejuk dan penghawa dingin yang rosak ke merata tempat
• Memberi sokongan kepada kempen penggunaan semula dan pemulihan.



glitter-graphics.com

Sabtu, 17 Julai 2010

Gerakan Islam Antarabangsa

hmpir smlam Nour dok ngadap cmptr...sibuk search mklmt ttg Jemaah Islami-Pakistan....fuh...blh thn gak asigmnt kali ni...

berbalik pada tjk asigmnt....jemaah islami/jamaat-e-islami/jamiat islami/ jamaatul islami...rupanya ramai confius dgn jemaah islamiah indonesia 2...

Alhmdulillah....Nour x clap mklumat....klu x truk la...huhu...

Jemaah Islami di Pakistan ni pengasasnya Abul A'la Maududi...




Jamiat Islami ditubuhkan di Lanore pada 26 Ogos 1941 untuk melaksanakan tuntutan al-Quran & as-Sunnah. Pengasasnya adalah Sayyid Abul A’la Maududi . beliau lahir pada 25 Sept 1903 di Aurangabad,India dan meninggal pada 22 Sept 1979 di Buffalo, New York. Beliau juga merupakan ahli falsafah dan aktivis yang aktif dalam pergerakan Islam di seluruh dunia. Perjuangannya adalah ilham dari Sayyid Qutb dan Hassan Al-Banna.

Gerakan ini bermatlamatkan Iqamat al-Din dan mencari keredhaan Allah di akhirat kelak. Maududi telah meletakkan tiga teras dasar di dalam pembinaan gerakan ini:-

1. Pemimpin hendaklah terdiri daripada mereka yang kuat iman, tetap pendirian serta jelas keturunannya. Kualiti lebih penting daripada kuantiti.

2. Peraturan perlu kukuh dan kuat dan elakkan dari bentuk kecuaiaan dan kealpaan. Pengikutnya mesti beriltizam untuk mengelakkan diri daripada dosa, membezakan yang hak dan batil, dan jelas tentang dosa dan pahala.

3. Gerakan tersebut perlu mempunyai dua unsur pada satu masa iaitu berpendidikan agama dan moden. Mereka mestilah bekerjasama menghulurkan tenaga, ilmu dan pendidikan untuk bergerak pada era moden ini.

Menurut Maududi, kelemahan di dalam kehidupan umat perlu dikaji kemudian dinilai dan dianalisis. Program dakwah tertumpu pada empat bahagian:-

1. Melakukan pembersihan jiwa dan penyucian akal daripada pengaruh luar. Kemudian menanam pengajaran Islam supaya dapat dinilai secara kritis terhadap keilmuan, kesenian, sistem budaya dan tamadun Barat seterusnya memberi alternative Islam terhadapnya.

2. Mereka yang baik dikumpulkan di bawah satu Tarbiyyah Islam yang hakiki dan sebenarnya. Mereka terdiri daripada pelbagai golongan iaitu dari golongan intelek, miskin atau kaya, lelaki atau perempuan. Fikiran dan hati mereka ditarbiyyah supaya berakhlak mulia dan hati menajdi bertenaga.

3. Melakukan perubahan dalam masyarakat.

4. Memperbaiki sistem pemerintahan yang sedia ada.

(M. Kamil: 1990)



glitter-graphics.com

Jumaat, 16 Julai 2010

Dunia Akhir Zaman

Daripada Anas r.a berkata, "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Di antara tanda kiamat adalah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak penzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan."

(Hadis Riwayat Bukhari Muslim)



fuh...takut dgr situasi skrg kn... perasan x sume tnda2 kiamat da muncul...adakah kita dah bersedia menghadapinya...bekalan utk di bawa ke alam akhirat...alam yg kekal selamanya....bersediakh kita??

sbg hamba Allah, kenalkah kita pada Ya Rabb yg mnjdikan kita khalifah di muka bumi ini...zatNya? sifatNya? adakah kita berusaha mncari & mngnali pencipta kita?

wahai saudara seagamaku....carilah,terokailah & fahamilah pencipta kita...

ilmu Allah ini luas & x bersmpdn....adakah cukup dgn memiliki segulung ijazah di universiti??

saudaraku jauhilah riak & takbur krn sifat itu bkn milik kita....ilmu yg ada perlu dikongsi brsama....

bkn ku ingin bersyarah, sekadar menitip coretan buat semua.....krn aku sdri blm cukup ilmu di dada....


glitter-graphics.com
 
Copyright 2012 © Reserved to Arimaliamsi Design By Cik Nurfarah