Jumaat, 27 Mac 2015

Menang Contest Share, Tag & Win

Alhamdulillah...Nour telah terpilih sebagai pemenang Contest Share, Tag & Win anjuran http://nadiahijabs.blogspot.com/. Pertandingan ni start Febuari aritu. Lama da kan...baru ada masa mengupdate...busy cikit sebab nak kena uruskan wedding adik Nour...Ni kali kedua Nour join contest Giveaway kat media sosial dan alhamdulillah menang lagi... syukur rezekikan...Cara contest ni senang je just follow nadiahijabs punye instagram iaitu https://instagram.com/nadiahijabs/....Nour memang da lama follow sebab penah beli shawl kat situ dan memang puas hatila..  Dah follow tu tag 5 kawan dekat post tu, Kemudian repost gambar & jadikan publicla ye post tersebut...

Nour pun tak sangka terpilih sebagai pemenang sebab saje try je dan post pun sekali je da memang rezeki kan...OK sebagai pemenang Nour boleh memilih mana-mana shawl yang Nour nak.. So, Nour da pilih electric blue, shocking pink, turquoise blue untuk plain manakala untuk printed pula Nour pilih #OP1 dan #OP4.
                                                        






Ok 3 yang atas tu gambar Nour ye kecuali perantin yang kat bawah ni ye... Perantin ni adik Nour tau..dia guna shawl Nour untuk wedding dia.. Kebetulan tema wedding kat belah laki adalah JDT dan shawl Nour tu sesuai untuk dia guna..

Cantikkan shawl dari nadiahijabs ni...memang puas hatilah kalau guna...sopan dan menutup aurat lagi.. senang nak belit-belit sebab ia lebar so macam-macam style boleh cuba ikut kreativiti masing-masing.. So apalagi jom shopping dengan shawl dengan nadiahijabs....Rugi tak beli uolls....


                     

Sabtu, 31 Januari 2015

Kehilangan

Aassalammualaikum dan salam sejahtera buat semua... Maaf kerana lama tak mencoret di sini dan membiarkan blog ni berhabuk... Kebusyan yang melanda kerana bertukar kerjaya membuatkan Nour malas nak update...

Penghujung 2014 juga membawa peristiwa duka buat Nour dan keluarga kerana Nour telah kehilangan insan yang tersayang iaitu abah Nour...Abah pergi dengan cara mengejut.. Tanggal 17 Disember Nour dapat panggilan dari mak yang abah tak sedarkan diri selepas asar...Kemudian abah dibawa ke hospital.. Sakit abah juga misteri buat kami... Hanya 10 hari abah terlantar sakit tanpa sedarkan diri kemudian dijemput balik oleh penciptaNya pada 27 Disember 2014 jam 1.15 pagi... Kami redha cuma sedikit terkilan sebab tak berpeluang langsung berbual dengan arwah kerana arwah langsung tak sedarkan diri sepanjang dirawat.. Hanya tangan dan kaki arwah yang bergerak jika kami berbual dengannya... Mak juga terkilan sebab arwah tak sempat melihat adik Nour kawin pada Mac ini..

Kami redha dengan ketentuan Ilahi kerana semuanya telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Walaupun sedih dengan pemergiannya tapi Nour sedikit lega kerana arwah pegi dengan cara yang baik dan sangat mudah...Semasa Nour dan adik-beradik membaca Surah Yaasin untuk arwah, Mak membuka kain yang menutup arwah dan kami lihat arwah senyum seolah-olah seperti sedang tidur, dahi arwah juga berpeluh, wajahnya langsung tak pucat.

Ramai tetamu yang menziarah arwah dan Nour ucapkan bebanyak terima kasih sebab banyak membantu kami sekeluarga menguruskan jenazah sehingga dikebumikan.. Kenduri tahlil juga penuh dengan tetamu tanpa jangkaan dan kami mohon maaf kerana ada kekurangan disebabkan tetamu yang luar dugaan..

Al-Fatihah buat Abah dan Semoga Abah tenang di sana.. InshaAllah semoga kita dapat bertemu di Syurga kelak....Aamiin...






 
Copyright 2012 © Reserved to Arimaliamsi Design By Cik Nurfarah