Isnin, 30 Disember 2013

Berkelah di Sungai Congkak

Aassalamualaikum dan Salam Sejahtera semua........

Ni entry terakhir buat tahun ni... jadilah daripada takde kan... hehe... Pada 21 Disember 2013, Nour dan geng2 RA pergi berkelah di Sungai Congkak... release tension katakan setelah busy menghadap kerja yang tak pernah habis....huhu...Tak mau tulis banyak2 just layan je la gambar2 yang disediakan ini...hehe...

Ni gambar semasa di rumah Kak Sri Wani sebelum bertolak ke Sungai Congkak

Kesian sekali dengan kumbang yang terpaksa tolak troli yang agak berat..

SubhanAllah cantik pemandangan di sini..

Dah sampai apalagi posing la...

Wajah-wajah excited biler nampak sungai..

Sessi membakar ikan dan ayam

Lepas mandi makan lah apalagi...Erk alhamdulillah kenyang....

Posing lagi setelah packing barang2 untuk dibawa balik

Tetiba ada kumbang menyelit la plak

Posing di pintu masuk sebelum pulang

Seronok sekali-sekala keluar dengan officemate macam ni...dapat mengeratkan lagi ukhwah yang terjalin.. Nak pi jauh2 tak mampu dan ada kekangan masa jadi pilih tempat dekat2 je la nak hepi2 dengan diaorang.. Thanks so much buat Kak Sri Wani sebab tolong masak kan kami Nasi Beriani, Nasi impit, rendang, kek marble, kek karamel dan bahan-bahan untuk BBQ..Tak lupa buat pembantu Chef Ayin & Kasmera yang banyak membantu.. Terima kasih juga buat Akma, Anne, Iera, Ieqa, Ct dan Wan yang sporting...
 Big Smileys



Ahad, 3 November 2013

My 2nd Convocation Day

Assalamualaikum dan salam sejahtera reader.... Alhamdulillah setelah dua tahun akhirnya Nour dapat grad juga.. Thanks so much to my family, friends and reader yang mendoakan Nour untuk terus berjuang dalam pengajian Nour..... Ok tak mau cakap banyak apa kata layan gambar2 pre-convo dan convo Nour di bawah ni....

Ni  gambar Pre-Convo sehari sebelum konvo





Ok ni pula gambar masa hari konvo

 Gambar Nour dan keluarga.. Alhamdulillah semua ada..

Biasalah konvo mesti ada bunga..Thanks buat adik Nour..

Ni gambar masa atas stage... serius je muka...

Thanks Fadz, Mai dan Husna sudi datang...siap bawa hadiah.. terharu Nour

Tahniah juga buat Fifah yang konvo sekali...Jubah Fifah hilang suda...

Antara hadiah yang Nour dapat sempena konvo...


Syukur sangat sebab perjalanan Master Nour ni bukan mudah...ada banyak suka dan dukanya... ada ketika Nour hampir rebah tapi berkat doa dari mak, abah, family serta rakan-rakan Nour dapat juga grad tahun ni... Alhamdulillah target nak siapkan Master 2 tahun tercapai...Nour sedih juga sebab my BFF tak dapat grad sekali...kena extand 1 sem lagi....Buat my BFF Nour doakan Selamat Berjaya ye... OK... Thanks atas ucapan, doa dan hadiah dari rakan-rakan..sayang korang semua.... :-)



Sabtu, 14 September 2013

Walimatul' urus Sahabat di Batu Caves

Aassalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Tahniah buat seorang lagi sahabat saya Mar yang telah melangsungkan perkahwinan semalam..
"Barakallahulakuma wabaraka alaikuma wajamaa bainakuma fi khair...."

Nour dan Ain pergi agak lewat sedikit dan kami dapatlah berjumpa beberapa rakan semasa degree haritu.. dapatlah melepas rindu...Ingat nak pergi kejap je....tapi biasalah dah jumpa kawan-kawan sampai petanglah jawabnya...

Terima kasih buat Chot sebab sudi ambil dan hantar kami di KTM...

Layanlah gambar di bawah...

Kami dan pengantin

Ain & Mar

Disebabkan Nour terlupa nak bawa kamera masa wedding ni..So tak banyak la gambar...huhu maklumlah kita guna kamera telefon je... 


Selamat menempuh alam rumahtangga ya Mar...



Selasa, 6 Ogos 2013

Lega dan Syukur....

Hampir 4 bulan blog ni tak berupdate sebab tuannya busy...kalau nak tau selama ni Nour busy siapkan tesis..
mesti ada reader yang rindu dengan coretan nour kan....haha...(ayat perasan la plak....)

Alhamdulillah syukur sangat-sangat....Nour da selamat siapkan Tesis Master...Selama dua semester hidup bergelumang dengan Tesis...Macam-macam rasa yang Nour da alami untuk siapkan Tesis ni..rasa masam, masin, manis, pahit, semua ada.....

Nour takde lah tip-tip sangat just berkongsi pengalaman tu bolehlah... Bagi Nour adalah sangat penting untuk penyelidik JELAS APA YANG HENDAK DIBUAT dibuat iaitu Objektif Kajian.. dah jelas kaitkan dengan Permasalahan Kajian pula...Permasalahan kajian ini biarlah ada fakta sekali tau... kalau ada bukti empirikal lagi baik....

Lagi satu, sebagai penyelidik, kita kena tahu lebih pasal kajian berbanding SV kita tau... Kadang-kadang ada pandangan SV kita boleh guna dan ada masa tak semua boleh kita ambil...Alhamdulillah la Nour dapat SV yang boleh terima pandangan pelajar...bukan semua kena ikut cakap dia...Nour tak suka ikut membuta tuli....SV Nour kalau Nour jelaskan dia OK...lagipun Nour tau dia just nak test Nour je....nak tengok Nour ni study dulu ke tak....tapi kalau apa yang SV cadangkan tu OK jangan degil pula ye...sila ikut...walaupun benda tu susah atau benda baru..macam Nour SV suggest guna Nvivo...fuh mulanya susah juga tak pernah belaja tapi Alhamdulillah la berkat bantuan lecturer Nour yang lain Nour boleh buat juga..

Penyelidik juga kena INDEPENDENT ye...jangan terlalu bergantung pada SV...kena BANYAK MEMBACA Ok... SV tu dah sememangnya banyak benda nak kena fikir...takkanlah nak bergantung pada dia...

Sebenarnya sebelum Viva yang berlangsung 11 Julai 2013...Nour rasa risau sangat...macam-macam Nour spot soalan yang akan ditanya..last-last takde pun soalan yang Nour spot tu......Alhamdulillah Nour boleh jawab semua soalan sebab sebagai penyelidik kita mesti tahu dan arif tentang kajian kita... Apa yang pasti kita kena YAKIN sebab ini kajian kita...kalau panel tak jelas...kita kena jelaskan sampai mereka faham... sebab YAKIN sangat penting adalah.. panel ni kadang-kadang sahaja nak bagi kita confuse tapi kena yakinlah.. lagi bagus kalau ingat dari mana sumber-sumber yang kita dapat dan muka surat sekali..

Ada juga kalangan panel yang macam tak boleh terima pandangan sebab kajian yang mereka lakukan dulu hasilnya lain...tapi sebagai penyelidik kita mesti pandai jawab hasilnya lain adalah sebab lokasi kita, bilangan responden dan macam-macam lah...

Lagi satu kalau ada buat silap, AKUI SILAP KITA...jangan nak bertekak dengan panel ye...

Paling penting sekali adalah DOA...doa dan doa...usaha dah dibuat dan kita berdoalah pada Allah.. minta jelas apa hajat kita....solat hajat pun kena selalu buat...Abah Nour selalu ingatkan Nour tentang hal ni...Abah pesan buatlah solat hajat awal-awal jangan dah dekat-dekat baru nak buat...

Nour diberi masa 2 minggu untuk buat pembetulan dan sebenarnya Nour banyak silap dari segi teknikal macam format apa semua tu...yang lain-lain tu just kena tambah-tambah je macam yang samar-samar tu diperjelaskan lagi la...

Alhamdulillah akhirnya 5 Ogos 2013 Nour berjaya hantar Tesis lengkap berjilid di Pejabat PPSPP..Lega sangat...

Terima Kasih sangat2 buat mak, abah, family, supervisor, dan rakan2 yang banyak bagi sokongan...Tak lupa buat penduduk homestay Kuala Medang dan Sungai Pasu yang banyak membantu Nour mendapatkan data...

Makanya bolehlah beraya sakan tanpa fikir pasal tesis da....

Inilah hasilnya....Gambar atas memang sengaja diblurkan ye..

                       Tesis yang telah siap dijilid


     4 buah tesis...banyak juga melayang  $$$$$$ Nour


Khamis, 18 April 2013

TREENEA MIERABELLA

Assalamualaikum dan salam sejahtera....eh2 ada entry lagi... amboi cik Nour mentang-mentang lah lama tak update sekali update sehari sampai 2 entri...hehe...

Ok tadi Nour citer tentang VCO A TREENEA...Sekarang nak share tentang TREENEA MIERABELLA pulak ye...




Treenea MIERABELLA diperkayakan dengan vitamin C merupakan makanan tambahan kepada wanita dan lelaki yang mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit. Keunikan produk bermula dari kandungan kolagen semula jadi yang tinggi dan ringkas, Ia diadun dengan bahan semula jadi bagi meningkatkan serapan yang berkali ganda.

KEBAIKAN TREENEA MIERABELLA:

• Mengembalikan keanjalan dan membina sel kulit.
• Mengurangkan garis kedutan dan tanda penuaan pada kulit.
• Mengurangkan masalah jerawat dan jeragat serta mengurangkan parut
• Mampu bertindak sebagai anti-oksida dan anti-penuaan.
• Menjadikan kulit lebih gebu, cerah, halus dan licin secara sekata.
• Meningkatkan lagi sistem ketahanan bagi menghalang penyakit.
• Membantu menguatkan rambut, tulang, gigi dan sendi.
• Membantu dalam membekalkan tenaga segera.

 MIERABELLA - Hydrolysed and concentrate coconut milk protein with vitamin C
 
MIERABELLA mempunyai pelbagai kelebihan dan manfaat seperti berikut.:

a. MIERABELLA mengandungi protein yang boleh meningkatkan keanjalan dan kekenyalan kulit dengan cara menyediakan asid amino seperti glysine, proline dan lysine yang perlu bagi pembentukkan kolagen . Pengambilan kolagen secara berterusan dapat mengurangkan garis kedutan pada kulit dan seterusnya wajah tampak muda.

b. MIERABELLA kaya dengan asid amino seperti cysteine, asid glutamic dan glysine yang merupakan bahan asas bagi pembentukkan glutathione. Kajian mendapati glutathione adalah ibu segala antioksidan yang bertindak melindungi tubuh badan manusia dari serangan radikal bebas . Glutathione juga dikenal pasti berkemampuan untuk menjadikan liang roma kulit lebih kecil, kulit lebih putih, gebu, cerah, halus dan licin.

c. MIERABELLA mengandungi vitamin C yang diperlukan bagi membantu mempercepatkan proses mendapatkan kulit idaman anda. Penyelidikan terkini mendapati pengambilan Vitamin C dalam dos yang tertentu telah membantu meningkatkan kandungan glutathione dalam badan. Selain dari itu vitamin C juga diperlukan sebagai kofactor dalam pembentukan kolagen.

d. MIERABELLA diperkayakan dengan phospholipids kelapa yang dipercayai dapat membantu meningkatkan proses penyerapan protein kedalam tubuh badan. Bahan aktif ini juga bertindak menghalang kehilangan kollagen daripada kulit dan secara tidak langsung melambatkan proses penuaan..

Produk ini akan lebih berkesan jika ia ambil bersama sama dengan segelas jus buah-buahan.

CARA PENGAMBILAN:
1 BIJI SEBELUM SARAPAN
1 BIJI SEBELUM MAKAN MALAM

HARGA PROMOSI PENGENALAN: 
RM65 SEMENANJUNG Postage RM6
RM68 SABAH DAN SARAWAK Postage RM9

HARGA PROMOSI ADALAH SEHINGGA 30 APRIL 2013. So, marilah dapatkannya segera...

 SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH MESEJ NOUR DI 0179746208 



 
 
Copyright 2012 © Reserved to Arimaliamsi Design By Cik Nurfarah