Isnin, 18 Oktober 2010

Tahap Pertumbuhan Menurut Rostow

Tahap pertumbuhan ini seolah2 penjelasan sejarah mengenai pembangunan ekonomi.Ia diterima luas & mempunyai pengaruh besar terhadap dasar pembangunan di negara maju & negara sedang membangun dalam dekad Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu yang pertama, iaitu pada tahun 60 an.

Mengikut teori ini, sesebuah negara itu menjadi unit utama yang dianalisis & diandaikan akan membangun dengan usahanya sendiri. Rostow mengaitkan pembangunan & keupayaan sesebuah negara untuk menabung, melabur & dengan itu meningkatkan daya pengeluaran & pendapatan sebenar.Masalah utama kemunduran dilihat sebagai bentuk halangan seperti kekurangan modal yang dianggap menghalang negara mundur berkenaan daripada mencapai kemajuan melalui proses perindustrian, sebagaimana yang dicapai oleh negara yang kini telah maju pada kurun ke-18 & ke-19.

Tiga saranan Rostow tentang pembangunan:

1.)Pertumbuhan merupakan satu masalah & tahap2nya patut dibahagikan mengikut jangka masa tertentu.
2.)Pertumbuhan tidak berlaku dengan licin & tidak semestinya berterusan. Ia
merupakan proses yang kadangkala terhenti & memerlukan perubahan ekonomi yang menyeluruh untuk mencapai pertumbuhan berterusan ( self-sustained growth)
3.)Pertumbuhan tidak berlaku secara seimbang bagi setiap sektor dalam ekonomi, tetapi biasanya bermula dengan pembangunan pesat di beberapa sektor penting.

Menurutnya, tiap masyarakat berada di salah satu daripada lima tahap pembangunan
iaitu:
1.) Tahap masyarakat tradisional
2.) Tahap peralihan sebelum pelancaran (pre take-off)
3.) Tahap pelancaran (take-off)
4.) Tahap kematangan @ pertumbuhan berterusan
5.) Tahap penggunaan massa yang tinggi (high mass consumption)


(Jomo K.S & Shamsulbahariah Ku Ahmad,2004)



glitter-graphics.com
 
Copyright 2012 © Reserved to Arimaliamsi Design By Cik Nurfarah