Khamis, 27 Disember 2012

Syarahan Umum "Kerencaman Sosial dan Penipisan Batas Etnik"

Sekali lagi Nour berpeluang menghadiri majlis ilmiah yang diadakan di UKM.. Syarahan Umum Perdana ni berlangsung di Bilik Senat UKM pada pukul 8.30 pagi tadi.. Tajuk syarahan ni adalah "Kerencaman Sosial dan Penipisan Batas Etnik". Penyampainya tidak lain tidak bukan iaitu Prof. Dr. Mansor Mohd Noor dari Institut Kajian Etnik (KITA).

Syarahan ini dihadiri oleh ahli-ahli akademik dan pelajar-pelajar dari UKM dan luar UKM. Bagi sesiapa yang buat kajian berkaitan hubungan etnik memang sesuai sangat la dengar.. Majlis ilmu macam ni sebenarnya bagus buat pelajar-pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan. Bagi yang tak hadir jangan risau sebab ada buku. Ni ha bukunya.

 bagi yang hadir dapatla free buku ni.
 Siap autograf lagi..hehe mahal tu...
Bergambar kenangan dengan Prof. Dr. Mansor Mohd Noor

Sempat juga bergambar dengan Prof. Dr. Abdul Rahman Embong


Seronok dapat berjumpa dengan mereka-mereka yang bijak di atas.. sebelum ni da beberapa kali jumpa mereka tapi tak berkesempatan untuk bergambar.. baru hari ni tercapai hasrat nak bergambar dengan mereka.

 



Selasa, 25 Disember 2012

Wedding + Reunion

Tahniah buat temanku Mala yang melangsungkan perkahwinannya baru-baru ni.. Nour, Noha, Ain & Widad pergi bersama ke Seremban 2 dengan menaiki public transport je apalagi komuter & teksila maklumlah takde kereta sebab masing-masing belajar lagi.. Kami pergi awal nak teman pengantin berinai..hehe..

Jom layan gambar-gambar yang sempat diambil masa perkahwinannya.

Gambar bersama Mala sebelum akad nikah
Gambar bersama pasangan pengantin selesai akad nikah
Nour, Noha, Ain & Widad bergambar bersama Mala yang gorgeous
Sebahagian sahabat Nour yang turut hadir
Bersama tetamu comel Iman Hadif yang merupakan "anak sedara" kami.
 Seronok sangat sebab dapat jumpa kawan-kawan lama masa degree haritu.. Dapatlah melepas rindu walaupun tak semua hadir..huhu... Kalau nak tau inilah first wedding classmate degree yang Nour dapat hadir sebab sebelum ni asyik ada hal je...bertembung dengan class la, sedara kawen la dan macam-macam la lagi...

Selamat Pengantin Baru buat Mala & Abang Rashdan dan semoga bahagia hingga ke syurga. 
Nour doakan “Barakallahu lakuma, wa baraka ‘alaikuma, wa jama’a bainakuma fi khair” 



Sabtu, 24 November 2012

Hari Asyura



Alhamdulillah syukur dipanjangkan usia sehingga dapat bertemu kembali pada tahun baru hijrah. Sedar tak sedar da 10 hari da kita berada di tahun baru hijrah dan hari ni da merupakan 10 Muharam yang merupakan hari asyura. Hari Asyura ini diambil dari perkataan Arab “ASYARAH” yang bermaksud Sepuluh.

Rasulullah S.A.W telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari ini kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri disamping kelebihan bulan Muharram itu sendiri .10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama iaitu pada hari inilah Nabi Musa A.S dan pengikutnya telah diselamatkan oleh Allah daripada musuh mereka iaitu Firaun dan bala tenteranya. Nabi Musa A.S telah berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda syukur ke hadrat Allah S.W.T. 

  
Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

Bahawasanya ketika masuk kota Madinah, Rasulullah S.A.W mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Maka Rasulullah S.A.W berkata kepada mereka: “Ada apa dengan hari ini sehingga kamu berpuasa padanya?” Mereka berkata: “Ini adalah hari yang agung, hari yang Allah selamatkan Nabi Musa dan kaumnya padanya serta Allah tenggelamkan Firaun dan tenteranya. Maka berpuasalah Musa sebagai bentuk rasa syukur dan kami pun ikut berpuasa padanya. “Maka Rasulullah SAW berkata:” Kalau demikian, kami lebih berhak terhadap Musa daripada kamu sekalian. “Maka berpuasalah Rasulullah S.A.W pada hari tersebut serta memerintahkan para shahabatnya untuk melakukan puasa pada hari itu.”
  
Namun, bagi mengelakkan kita menyerupai amalan orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari Asyura sahaja maka nabi telah bersabda yang bermaksud:


“Puasalah kamu pada Hari Asyura dan berbezalah dengan orang-orang Yahudi iaitu puasalah sehari sebelumnya dan sehari setelahnya.” (Hadis Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi)


Niat Puasa Hari Asyura adalah seperti berikut:
Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”

Hadis tentang kelebihan berpuasa pada 10 Muharram adalah seperti berikut:

“Puasa yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan ialah (puasa) di bulan Allah iaitu bulan Muharram dan solat yang paling afdhal selepas solat fardhu adalah ialah solat sunat malam”

(Hadis Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah R.A)

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Aku berharap pada Allah dengan puasa ‘Asyura ini dapat menghapus dosa selama setahun sebelumnya.”                                                
                   (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Qatadah R.A)

Sesiapa yang berpuasa pada Hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun dan sesiapa yang bersedekah pada Hari Asyura adalah seumpama bersedekah setahun.”
(Hadis Riwayat al-Bazzar)

Aishah R.A berkata yang bermaksud:
"Rasulullah S.A.W mengarahkan supaya berpuasa pada Hari Asyura. Apabila puasa bulan Ramadan difardhukan (diwajibkan), siapa yang hendak berpuasa (pada Hari Asyura) maka dia boleh berpuasa dan sesiapa yang hendak berbuka, maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa).”

(Hadis Riwayat Imam Bukhari)


Selain ibadah puasa, terdapat amalan sunat yang boleh dilakukan pada Hari Asyura iaitu:

1)      Solat Sunat
2)      Bersedekah
3)      Meluaskan belanja
4)      Bercelak
5)      Mandi Sunat
6)      Menghubungkan silaturahim
7)      Ziarah Ulama
8)      Membaca Surah al-Ikhlas 1000 kali
9)      Menyapu Kepala Anak Yatim
10)  Menziarahi Orang Sakit
11)  Membaca Hasballah
12)  Memotong Kuku
13)  Menghidupkan Malam
14)  Menahan marah
15)  Menjamu orang berbuka puasa 


 



 
Copyright 2012 © Reserved to Arimaliamsi Design By Cik Nurfarah