Selasa, 18 September 2012

Menjamu Selera di Tasik Idaman

Sempena Birthday Husna baru ni...Saya dan rakan-rakan telah menikmati keenakan makanan di Tasik Idaman di Bangi...Makanannya sangat sedap dan kami telah memilih menu nasi putih, siakap tiga rasa, ayam goreng kunyit, kerabu sotong, tom yam dan kangkung goreng belacan.


Mulanya kami order untuk 4 orang makan tapi atas nasihat waiter di situ kami order untuk 2 orang makan...Fuh nasib la dengar cakap kalau tak memang membazirla sebab memang banyak...Nour siap ratah lauk lagi sebab Nour ni bukan jenis yang makan banyak nasi...Jaga badan la konon...hehehe...

Tengok muka dua orang budak yang puas hati dapat makan sedap...sampai licin pinggan..
  Wajah Husna dan Fadzilah yang kekenyangan
Mai, Husna dan Nour
 Penggunaan topi dan kayu golf dapat menghasilkan hiasan yang sangat cantik dan menarik..Kreatif sungguh pemilik restoren ni kan...

Fadzilah, Mai dan Nour
Bukan itu sahaja potret pun ada juga tau...Semua hiasan ini diletakkan sepanjang laluan untuk ke ruang makan yang terapung di atas buluh. Kiranya kalau jalan kaki tu bergoyang-goyanglah badan..

 

Akhir sekali mestilah gambar Nour...hehe lain x muka saya?..malam tu kalut sangat sampai tertinggal cermin mata...lapar sangat la konon..huhu....


Ahad, 16 September 2012

Pengalaman Berharga Sebagai “Pelapor”.

Pada 14 dan 15 September 2012 baru ni telah berlangsungnya KONVENSYEN PENDIDIKAN NASIONAL 2012 di PWTC Kuala Lumpur. Nour telah dipelawa oleh lecture Nour iaitu Puan Azlina untuk jadi pelapor masa majlis tersebut berlangsung. Mulanya Nour sangat bimbang tapi dengan bantuan Puan Azlina dan pelapor lain Nour dapat melaksanakannya.



Nour risau sebab Nour adalah satu-satunya pelapor yang memiliki master sedangkan yang lain adalah pelajar Phd, Pensyarah yang memiliki Phd. dan Prof Madya. Rasa diri ini kerdil berbanding mereka tapi sebenarnya mereka semua sangat humble and friendly. Pasukan pelapor kami ini diketuai oleh Prof. Dr. Fatimah Salleh dari USM.




Bukan senang tugas pelapor ni tau. Semua komen, perbincangan dan persoalan yang dilontarkan perlu dicatatkan dan untuk memudahkan kerja kami telah merakam semua pembentangan dan perbincangan yang berlangsung. Jika ingin tahu lebih lanjut tentang konvensyen yang berlangsung ini bolehlah jenguk ke blog http://konpen2012.wordpress.com

 

Terima kasih buat semua yang Nour kenali pada majlis ini kerana telah memberikan pengalaman dan ilmu yang sangat berharga buat Nour.

 

Sabtu, 1 September 2012

Cornflake Madu


Hari ni Nour masukkan pula resepi cornflake madu yang sememangnya favourite adik bongsu Nour. Resepi ni mudah untuk dilakukan. Raya baru ni Nour da buat resepi ni dan dapatlah dalam sekitar 400 biji.


Bahan-bahannya:

650 gram cornflake
250 gram gula
350 gram marjerin
350 gram peanut butter
500 gram madu
coklat urai untuk hiasan
paper cup secukupnya

Cara-caranya:

1.Cairkan marjerin dalam kuali.

 2. Kemudian masukkan gula & madu. Kacau sehingga bahan-bahan ini hancur. Masukkan pula peanut butter & kacau lagi.
                                                        
3. Masukkan cornflake sedikit-demi sedikit ke dalam bahan-bahan yang telah rata tadi. Kacau dan sebatikan bahan-bahan ini. 

4. Apabila telah sebati masukkan cornflakes madu ini ke dalam paper cup & taburkan dengan coklat urai. 

5. Akhir sekali bakar dalam oven dalam masa 5 minit.

Selamat Mencuba....('';)


 

 
Copyright 2012 © Reserved to Arimaliamsi Design By Cik Nurfarah