Sabtu, 25 Ogos 2012

Tat Nenas Gulung


Bahan-bahannya:

310 gram marjerin
400 gram tepung gandum *
20 gram tepung jagung *
40 gram tepung kastard * (* disatukan dan diayak)
50 gram gula aising
2 biji kuning telur
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh emplex
Jem nenas secukupnya.
kuning telur untuk disapu

Cara-caranya:

1. Putar marjerin dan gula hingga sebati. Masukkan kuning telur, esen vanilla dan emplex. Putar hingga rata. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi adunan doh yang lembut.

2. Isi adunan tersebut dalam acuan tat gulung. Picit adunan tersebut secara memanjang dan letakkan jem sebesar syiling 5 sen dan gulung dengan kemas.

3. Susun ia di atas dulang pembakar dan sapu kuning telur atas tat tersebut. Bakar pada suhu 175C selama 20 hingga 25 minit.


P/S: Nour lebih suka buat sendiri jem berbanding beli jem yang da siap kerana jem yang da siap agak keras sedikit. Bagi membuat jem nenas kita hanya perlukan nenas yang diparut dan dimasak bersama gula sehingga kering menjadi jem.



SELAMAT MENCUBA....('';)






Isnin, 13 Ogos 2012

Puding Roti Dua Benua

  Nour da buat resepi ni pada 6 Ramadhan haritu tapi kerana kesibukannya Nour mengedit beberapa artikel yang ditugaskan oleh pensyarah Nour, maka baru hari ni berpeluang untuk buat entri resepi ni. Biasanya puding roti menggunakan telur tetapi yang Nour buat ni tak guna telur sebab mak Nour tak makan kalau letak telur.
Bahan-bahannya:



Bahan A:

1 bungkus agar-agar
2  liter air
1 senduk kecil gula








Bahan B:

5 keping roti Gardenia
½ tin susu pekat
½ cawan air
Pewarna kuning telur & hijau

Cara-caranya:

1. Masukkan bahan A ke dalam periuk sehingga hancur.
2. Potong roti Gardenia kecil-kecil tapi jangan sampai hancur. Campurkan dengan susu pekat dan air.
3. Masukkan Bahan B ke dalam agar-agar yang sedang dimasak tadi.
4. Perlahankan api dan kacau sehingga sebati.
5. Kemudian tuang dalam acuan. Bahagikan agar-agar tersebut kepada dua warna dengan menggunakan sudu.
6. Sejukkan dan masukkan dalam peti sejuk.







 
Copyright 2012 © Reserved to Arimaliamsi Design By Cik Nurfarah