Ahad, 16 September 2012

Pengalaman Berharga Sebagai “Pelapor”.

Pada 14 dan 15 September 2012 baru ni telah berlangsungnya KONVENSYEN PENDIDIKAN NASIONAL 2012 di PWTC Kuala Lumpur. Nour telah dipelawa oleh lecture Nour iaitu Puan Azlina untuk jadi pelapor masa majlis tersebut berlangsung. Mulanya Nour sangat bimbang tapi dengan bantuan Puan Azlina dan pelapor lain Nour dapat melaksanakannya.



Nour risau sebab Nour adalah satu-satunya pelapor yang memiliki master sedangkan yang lain adalah pelajar Phd, Pensyarah yang memiliki Phd. dan Prof Madya. Rasa diri ini kerdil berbanding mereka tapi sebenarnya mereka semua sangat humble and friendly. Pasukan pelapor kami ini diketuai oleh Prof. Dr. Fatimah Salleh dari USM.




Bukan senang tugas pelapor ni tau. Semua komen, perbincangan dan persoalan yang dilontarkan perlu dicatatkan dan untuk memudahkan kerja kami telah merakam semua pembentangan dan perbincangan yang berlangsung. Jika ingin tahu lebih lanjut tentang konvensyen yang berlangsung ini bolehlah jenguk ke blog http://konpen2012.wordpress.com

 

Terima kasih buat semua yang Nour kenali pada majlis ini kerana telah memberikan pengalaman dan ilmu yang sangat berharga buat Nour.

 

3 comments:

Nurfarah berkata...

Nak itoott, eh mozekk(tikar) kita sama le huhuhu

Nurfarah berkata...

Nak itoott, eh mozekk(tikar) kita sama le huhuhu

nour berkata...

@♥Cik Nurfarah♥ hehe xpe 6t program lain kali saya ajak cik farah ye...haha ;p

 
Copyright 2012 © Reserved to Arimaliamsi Design By Cik Nurfarah