Sabtu, 31 Mac 2012

Fikir Positif atau Negatif

 

Lihat Gambar di atas ni? Apa yang anda fikir apabila melihat gambar ini? 
Adakah anda akan fikir air dalam gelas ada separuh atau separuh gelas ini kosong?

Apa pun jua jawapan yang diberikan, tiada yang betul tiada yang salah...

Cuma, ia bergantung pada persepsi kita menilai sesuatu perkara. Jika kita menilai sesuatu perkara dari sudut positif maka positiflah yang kita dapat dan jika negatif maka negatiflah..

Tapi kebanyakan manusia sering menilai sesuatu itu dari sudut yang negatif. Kita mudah berprasangka buruk terhadap sesuatu perkara. Manusia di sekeliling kita cuba nak berbuat baik, kita fikir mereka ada udang di sebalik batulah dan kata macam-macam yang negatif pada mereka.

 Firman Allah yang bermaksud;
"Orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." (Surah al-Hujurat, ayat 10)
 
Dengan Allah pun kita kadang-kadang tanpa sedar telah berprasangka buruk.. Kita sedih, kecewa dan marah apabila hasrat kita tidak tercapai walaupun kita telah berusaha yang terbaik. 
Kita mula fikir kenapa aku tak dapat? kenapa aku diuji sebegini hebat? Kenapa dan Mengapa?

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
" Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah bersabda, Allah S.W.T berfirman, Aku bersama sangkaan hambaKu terhadapKu, sekiranya sangkaannya terhadapKu baik maka baginya kebaikan, maka janganlah bersangka terhadap Allah S.W.T melainkan yang baik." 

Sebenarnya Tuhan nak uji kita, nak tengok sejauh mana kuatnya iman kita kepada Dia. Dia lebih tahu yang terbaik untuk hambanya.. Mungkin kita akan lupa padaNya jika kita dapat perkara yang kita inginkan itu.. Jadi bersangka baiklah pada Allah dan juga manusia..


 


0 comments:

 
Copyright 2012 © Reserved to Arimaliamsi Design By Cik Nurfarah