Hari ni 31 Mac 2012, hampir lima tahun dunia menyambut Earth Hour...
Sejarah Earth Hour ini bermula di Sydney pada tahun 2007 di mana WWF Australia telah menunjukkan sokongan untuk mengambil tindakan terhadap perubahan iklim dalam acara yang di
panggil Jam Bumi. Ia menunjukkan bahawa semua orang dari peringkat
kanak-kanak, CEO mahupun ahli politik, mempunyai kuasa untuk mengubah
dunia yang mereka diami. Di Sydney, Australia, 2.2 juta individu dan
lebih daripada 2,000 perniagaan memadamkan lampu mereka selama satu jam
untuk mengambil pendirian terhadap kesan perubahan iklim yang ketara
ini.
Pada tahun 2008, ia diperluas ke seluruh Australia sehingga ke Kota Toronto, Kanada dan 35 buah negara yang lain. Ia melibatkan hampir 400 bandar dan pekan di seluruh dunia. Acara ini dilakukan dengan cara ‘memadamkan lampu’ selama satu jam. Earth Hour dengan cepat telah menjadi satu acara tahunan global. Ia dijadualkan pada hari Sabtu terakhir setiap hujung bulan Mac.
Pada 2011, Earth Hour menyaksikan beratus-ratus juta rakyat di seluruh 135 negara ‘memadamkan lampu’ selama satu jam. Situasi ini menandakan permulaan sesuatu yang baru yang akan memberi kesan pada masa depan untuk melakukan tindakan yang berpanjangan kepada perubahan iklim.

*Sebagai manusia yang prihatin, marilah kita bersama-sama bergelap gelita selama satu jam pada malam ini.
0 comments:
Catat Ulasan