Isnin, 1 Ogos 2011

~RAMADHAN DATANG LAGI~

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana Nour masih bernafas lagi untuk bertemu dengan Ramadhan 1432 Hijrah ni…Tahun ni nampaknya Nour dapat berpeluang puasa bersama keluarga lagi…Sebelum ni banyak masa berpuasa dihabiskan bersama rakan-rakan sejak tinggal di asrama… Dari Form 5 sampailah masuk U…Kenangan berpuasa berjauhan dari keluarga banyak mengajar Nour untuk berdikari….( hehe…da cukup berdikari ke Nour ni???)

Oh ya da jauh melalut pula ye??? Ramadhan datang setahun sekali…Semoga kita memanfaatkan peluang yang ada untuk meningkatkan amal ibadat kita…



Surah al-Baqarah ayat 183 telah menjelaskan tentang kewajipan berpuasa. Firman tersebut bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu sebelum kamu, mudah-mudahan kamu beroleh ketaqwaan".


Hikmah ibadah puasa adalah seperti berikut:

1.) Mendidik jiwa dan nafsu agar dapat mencapai sifat takwa. Takwa adalah sifat yang terpuji. Melalui ketakwaan, seseorang itu mampu mencegah diri daripada melakukan dosa dan maksiat.

2.) Melembutkan hati seseorang ketika melihat penderitaan orang lain. Bagi orang yang miskin mereka sering berlapar kerana tidak cukup makanan. Jadi, dengan berpuasa, kita dapat merasai derita lapar dan dahaga tersebut.

3.) Mendidik rohani untuk bersikap amanah. Amanah kepada Allah dan diri sendiri. Sifat amanah ini penting kerana kita berpuasa untuk Allah dan tiada orang yang tahu sama ada kita berpuasa atau tidak. Mungkin di hadapan orang kita puasa tapi mana tahu di belakng orang kita minum atau makan sorok-sorok.

4.) Membersihkan jasmani. Dengan berpuasa kita dapat merehatkan organ pencernaan yang tidak berehat selama 24 jam sebelum ini. Ibadah puasa membolehkan organ pencernaan kita rehat selama lebih 12 jam seterusnya dapat berfungsi dengan lebih baik, teratur dan berkesan.

5.) Menajamkan akal. Ini adalah kerana selepas makan biasanya otak tidak boleh menerima apa sahaja yang telah dibaca. Oleh sebab itu, dikatakan bahawa masa yang baik untuk membaca ialah dua jam selepas makan. Jadi dengan berpuasa, kita mudah mengingati bahan yang membaca.

6.) Mengawal hawa nafsu. Mungkin kerana inilah ada anjuran daripada Baginda s.a.w. agar orang yang tidak mampu berkahwin untuk berpuasa dengan sabda Baginda: “Dan sesiapa yang tidak mampu (untuk berkahwin) maka atasnya puasa kerana sesungguhnya puasa baginya sebagai perisai nafsu”. (Riwayat Bukhari)


glitter-graphics.com

0 comments:

 
Copyright 2012 © Reserved to Arimaliamsi Design By Cik Nurfarah