Sabtu, 17 Julai 2010

Gerakan Islam Antarabangsa

hmpir smlam Nour dok ngadap cmptr...sibuk search mklmt ttg Jemaah Islami-Pakistan....fuh...blh thn gak asigmnt kali ni...

berbalik pada tjk asigmnt....jemaah islami/jamaat-e-islami/jamiat islami/ jamaatul islami...rupanya ramai confius dgn jemaah islamiah indonesia 2...

Alhmdulillah....Nour x clap mklumat....klu x truk la...huhu...

Jemaah Islami di Pakistan ni pengasasnya Abul A'la Maududi...




Jamiat Islami ditubuhkan di Lanore pada 26 Ogos 1941 untuk melaksanakan tuntutan al-Quran & as-Sunnah. Pengasasnya adalah Sayyid Abul A’la Maududi . beliau lahir pada 25 Sept 1903 di Aurangabad,India dan meninggal pada 22 Sept 1979 di Buffalo, New York. Beliau juga merupakan ahli falsafah dan aktivis yang aktif dalam pergerakan Islam di seluruh dunia. Perjuangannya adalah ilham dari Sayyid Qutb dan Hassan Al-Banna.

Gerakan ini bermatlamatkan Iqamat al-Din dan mencari keredhaan Allah di akhirat kelak. Maududi telah meletakkan tiga teras dasar di dalam pembinaan gerakan ini:-

1. Pemimpin hendaklah terdiri daripada mereka yang kuat iman, tetap pendirian serta jelas keturunannya. Kualiti lebih penting daripada kuantiti.

2. Peraturan perlu kukuh dan kuat dan elakkan dari bentuk kecuaiaan dan kealpaan. Pengikutnya mesti beriltizam untuk mengelakkan diri daripada dosa, membezakan yang hak dan batil, dan jelas tentang dosa dan pahala.

3. Gerakan tersebut perlu mempunyai dua unsur pada satu masa iaitu berpendidikan agama dan moden. Mereka mestilah bekerjasama menghulurkan tenaga, ilmu dan pendidikan untuk bergerak pada era moden ini.

Menurut Maududi, kelemahan di dalam kehidupan umat perlu dikaji kemudian dinilai dan dianalisis. Program dakwah tertumpu pada empat bahagian:-

1. Melakukan pembersihan jiwa dan penyucian akal daripada pengaruh luar. Kemudian menanam pengajaran Islam supaya dapat dinilai secara kritis terhadap keilmuan, kesenian, sistem budaya dan tamadun Barat seterusnya memberi alternative Islam terhadapnya.

2. Mereka yang baik dikumpulkan di bawah satu Tarbiyyah Islam yang hakiki dan sebenarnya. Mereka terdiri daripada pelbagai golongan iaitu dari golongan intelek, miskin atau kaya, lelaki atau perempuan. Fikiran dan hati mereka ditarbiyyah supaya berakhlak mulia dan hati menajdi bertenaga.

3. Melakukan perubahan dalam masyarakat.

4. Memperbaiki sistem pemerintahan yang sedia ada.

(M. Kamil: 1990)



glitter-graphics.com

0 comments:

 
Copyright 2012 © Reserved to Arimaliamsi Design By Cik Nurfarah