Selasa, 27 Julai 2010

Bumi Kita

Selepas blik dr tasik kenyir ni, rasa bertanggungjwb cikit pasal hal2 alam sekitar ni…
yalah klu bkn kita yg jaga bumi kita ni sape lg???

Firman Allah S.W.T dalam Surah Ar-Rumm ayat 41 yang bermaksud :

“ telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). “

Ayat Quran sudah jelas mengatakan bhw bumi ini akan rosak akibat dari perbuatan tgn manusia sdri. Buktinya kini, bumi semakin tenat dengan berlakunya penipisan lapisan ozon.

Sedangkn bumi yg kita duduki ini adalah amanah dari Allah yg perlu dijaga..
Di sini ada beberapa persoalan tentang peri pentingnya menjaga lapisan ozon di bumi yang semakin nipis:

Kenapa sinar Ultraviolet radiation (UV) berbahaya?
• Memudaratkn kesihatan mnsia
• Menyebabkan kanser kulit
• Menyebabkan katarak mata
• Merosakan sistem imunisasi tubuh
• Memusnahkan kehidupan

Apa itu lapisan ozon?
• Ia merupakan lapisan di stratosfera dengan penumpuan Ozon tertumpu di bawah stratosfera di antara 15 dan 30 km di atas permukaan bumi yang dikenali sebagai 'lapisan ozon'. Ozon terhasil dengan pelbagai tindakbalas kimia, tetapi mekanisme utama penghasilan dan perpindahan dalam atmosfera adalah penyerapan tenaga sinaran Ultraviolet radiation (UV) daripada matahari.
• Ozon (O3) dihasilkan apabila O2 menyerap sinaran uv pada jarak gelombang 242 nanometer dan disingkirkan dengan foto-pengasingan dari sinaran bagi jarak gelombang yang besar daripada 290 nm. O3 juga merupakan penyerap utama sinaran UV antara 200 dan 330 nm. Penggabungan proses-proses ini adalah efektif dalam mengekalkan kemalaran bilangan ozon dalam lapisan dan penyerapan 90% sinaran UV.

Apa berlaku pada lapisan ozon pada masa sekarang?
• Lapisan ozon menjadi semakin nipis sedangkan sinar UV terus meningkat menembusi bumi .
Bumi dan kehidupan kita semakin terdedah pada bahaya.

Apa yang menyebabkan lapisan ozon semakin nipis?
• Lapisan ozon menipis disebabkan oleh Ozone Depleting Substances (ODS) seperti penggunaan cholofluorocarbons (CFCs) yang digunakan secara meluas dalam penyaman udara dan penyembur aeresol
• Penggunaan baja organik yang berterusan dalam pertanian & menghasilkan nitrogen oksida.
• Jet supersonik yang melalui lapisan stratosfera
• Pembalakan yang berterusan menyebabkan kandungan karbon dioksida yang tinggi dalam udara.

Apa peranan kita??
• Mengurangkan pengunaan cholofluorocarbons (CFCs)
• Tidak membuang sisa bahan buangan CFCs seperti peti sejuk dan penghawa dingin yang rosak ke merata tempat
• Memberi sokongan kepada kempen penggunaan semula dan pemulihan.



glitter-graphics.com

0 comments:

 
Copyright 2012 © Reserved to Arimaliamsi Design By Cik Nurfarah