Rabu, 30 April 2014

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur PWTC 2014

Sekarang ni masih lagi berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC yang telah bermula pada 24 April 2014 sehingga 4 Mei 2014 ini...

Nour dan Fadzilah telah pergi pada hari pertama lagi Pesta Buku dibuka...semangat betul kami.... Alhamdulillah kami berjaya sampai walaupun keadaan kesihatan Nour kurang baik pada hari tersebut.. Cuaca pun hujan pagi tu dan kami pergi agak lewat juga...

Okey bagi yang tak tahu bagaimana nak pergi ke PWTC dari UKM... Mula-mula naik komuter dari UKM ke Bandar Tasik Selatan.. kemudian di Bandar Tasik Selatan pergi naik LRT ke PWTC.. tapi kena jalan kaki sikitlah ye.. takdelah jauh mana dan laluannya pun berbumbung...
 
Sampai di PWTC rambang mata tengok buku-buku rasa macam nak beli semua... hehe...Jalan punya jalan.... akhirnya inilah buku pertama yang Nour beli...

Okey gambar ni kat booth Hijjaz Records Publishing Sdn Bhd

Kat HRPSB ni Nour rembat 3 buku sebab harganya murah jika beli 3 iaitu RM100.. Paling best ada cabutan bertuah dan Nour dapat CD percuma kumpulan Hijjaz.. Gambar kat atas ni Nour tak letak watermark sebab gambar ni dicilok dari FB HRSB....hehe... Gambar dari Handphone Nour kurang terang la plak.....


Okey misi seterusnya kami jalan lagi dan pergi ke booth PTS pula... kebetulan ada Pak Latib penulis buku sejarah yang terkenal tu... apalagi excited sungguh lah si Fadzilah sebab dia memang peminat setia Pak Latib... Okey ni gambar kami bersama Pak Latib... 

Gambar bersama Pak Latib...

Kat booth PTS ni Nour pun rembat 3 buah buku juga.. kesemuanya karya Pak Latib.. sebelum ni pernah baca karya Pak Latib tapi tak pernah beli pun... hehe...itupun masa kena buat assigment masa degree aritu... So, Nour decide untuk beli Pakej Sejarah Islam yang mengandungi Perang Badar, Perang Khaibar dan Perang Uhud.. Hargapun murah jika beli pakej macam ni...RM50 je... tak percaya tengok bawah ni..


Kemudian kami singgah di booth Telaga Biru pula... Fadzilah beli buku Kenali Rasul Kita Muhammad pada harga promosi RM80... Nour tak beli sebab kekurangan duit..huhu...kalau dapat baucar buku Nour rembat dah... xpelah Nour akan try cari juga buku tu nanti... 
Kat Telaga Biru ni Nour belikan buku untuk adik bongsu Nour... Sebelum ni adik selalu minta Nour download ayat-ayat dan bacaan yang perlu dihafal dalam solat.. Hope lepas ni adik akan lebih rajin solat ye.. sebab tahun depan da 10 tahun da...nanti kena rotan dengan abah...huhuhu...

Buku Step by Step Solat dari Telaga Biru karya Fauzi Abdul Hamid




0 comments:

 
Copyright 2012 © Reserved to Arimaliamsi Design By Cik Nurfarah