Isnin, 31 Oktober 2011

Gulai Tempoyak Talapia



Atas permintaan rakan-rakan Nour, di sini Nour ingin berkongsi satu resepi istimewa dari Kuala Lipis iaitu Gulai Tempoyak Talapia....



BAHAN-BAHAN :

1 ekor ikan talapia

8 biji cili padi (ikut tahap kepedasan)

½ inci kunyit hidup

3 tangkai daun kesum

5 sudu makan tempoyak

Garam secukup rasa

Sedikit petai (untuk hiasan)

CARA MEMASAKNYA.

1). Tumbuk kunyit hidup & cili padi.

2). Kemudian masukkan ikan, bahan

tumbuk, daun kesum, tempoyak,

air & garam dalam periuk.

3). Perapkan semua bahan dalam masa

15 minit.

4). Akhir sekali masak hingga mendidih.

5). Angkat & hiaskan dengan petai.

SELAMAT MENCUBA.......('';)



Sedikit air.

0 comments:

 
Copyright 2012 © Reserved to Arimaliamsi Design By Cik Nurfarah