Aassalammualaikum dan salam sejahtera buat semua... Maaf kerana lama tak mencoret di sini dan membiarkan blog ni berhabuk... Kebusyan yang melanda kerana bertukar kerjaya membuatkan Nour malas nak update...
Penghujung 2014 juga membawa peristiwa duka buat Nour dan keluarga kerana Nour telah kehilangan insan yang tersayang iaitu abah Nour...Abah pergi dengan cara mengejut.. Tanggal 17 Disember Nour dapat panggilan dari mak yang abah tak sedarkan diri selepas asar...Kemudian abah dibawa ke hospital.. Sakit abah juga misteri buat kami... Hanya 10 hari abah terlantar sakit tanpa sedarkan diri kemudian dijemput balik oleh penciptaNya pada 27 Disember 2014 jam 1.15 pagi... Kami redha cuma sedikit terkilan sebab tak berpeluang langsung berbual dengan arwah kerana arwah langsung tak sedarkan diri sepanjang dirawat.. Hanya tangan dan kaki arwah yang bergerak jika kami berbual dengannya... Mak juga terkilan sebab arwah tak sempat melihat adik Nour kawin pada Mac ini..
Kami redha dengan ketentuan Ilahi kerana semuanya telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Walaupun sedih dengan pemergiannya tapi Nour sedikit lega kerana arwah pegi dengan cara yang baik dan sangat mudah...Semasa Nour dan adik-beradik membaca Surah Yaasin untuk arwah, Mak membuka kain yang menutup arwah dan kami lihat arwah senyum seolah-olah seperti sedang tidur, dahi arwah juga berpeluh, wajahnya langsung tak pucat.
Ramai tetamu yang menziarah arwah dan Nour ucapkan bebanyak terima kasih sebab banyak membantu kami sekeluarga menguruskan jenazah sehingga dikebumikan.. Kenduri tahlil juga penuh dengan tetamu tanpa jangkaan dan kami mohon maaf kerana ada kekurangan disebabkan tetamu yang luar dugaan..
Al-Fatihah buat Abah dan Semoga Abah tenang di sana.. InshaAllah semoga kita dapat bertemu di Syurga kelak....Aamiin...
Dato’ Sri Siti Nurhaliza Biduanita Negara
2 hari yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan