Bahan-bahannya:310 gram marjerin400 gram tepung gandum *20 gram tepung jagung *40 gram tepung kastard * (* disatukan dan diayak)50 gram gula aising2 biji kuning telur1 camca teh esen vanilla1 camca teh emplexJem nenas secukupnya.kuning telur untuk disapuCara-caranya:1. Putar marjerin dan gula hingga sebati. Masukkan kuning telur, esen vanilla dan emplex. Putar hingga rata. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi adunan doh yang lembut.2. Isi adunan tersebut dalam acuan tat gulung. Picit adunan tersebut secara memanjang dan letakkan jem sebesar syiling 5 sen dan gulung dengan kemas.3. Susun ia di atas dulang pembakar dan sapu kuning telur atas tat tersebut. Bakar pada suhu 175C selama 20 hingga 25 minit.P/S: Nour lebih suka buat sendiri jem berbanding beli jem yang da siap kerana jem yang da siap agak keras sedikit. Bagi membuat jem nenas kita hanya perlukan nenas yang diparut dan dimasak bersama gula sehingga kering menjadi jem.
SELAMAT MENCUBA....('';)
2 comments:
Assalamualaikum .. Singgah Sini ... Saya Dah Follow .. kalau Sudi .. follow la saya balik :D
@Nayli Izzati
Waalaikumsalam...terima kasih sudi singgah & follow...:-)
Catat Ulasan