Jumaat, 27 Mac 2015

Menang Contest Share, Tag & Win

Alhamdulillah...Nour telah terpilih sebagai pemenang Contest Share, Tag & Win anjuran http://nadiahijabs.blogspot.com/. Pertandingan ni start Febuari aritu. Lama da kan...baru ada masa mengupdate...busy cikit sebab nak kena uruskan wedding adik Nour...Ni kali kedua Nour join contest Giveaway kat media sosial dan alhamdulillah menang lagi... syukur rezekikan...Cara contest ni senang je just follow nadiahijabs punye instagram iaitu https://instagram.com/nadiahijabs/....Nour memang da lama follow sebab penah beli shawl kat situ dan memang puas hatila..  Dah follow tu tag 5 kawan dekat post tu, Kemudian repost gambar & jadikan publicla ye post tersebut...

Nour pun tak sangka terpilih sebagai pemenang sebab saje try je dan post pun sekali je da memang rezeki kan...OK sebagai pemenang Nour boleh memilih mana-mana shawl yang Nour nak.. So, Nour da pilih electric blue, shocking pink, turquoise blue untuk plain manakala untuk printed pula Nour pilih #OP1 dan #OP4.
                                                        






Ok 3 yang atas tu gambar Nour ye kecuali perantin yang kat bawah ni ye... Perantin ni adik Nour tau..dia guna shawl Nour untuk wedding dia.. Kebetulan tema wedding kat belah laki adalah JDT dan shawl Nour tu sesuai untuk dia guna..

Cantikkan shawl dari nadiahijabs ni...memang puas hatilah kalau guna...sopan dan menutup aurat lagi.. senang nak belit-belit sebab ia lebar so macam-macam style boleh cuba ikut kreativiti masing-masing.. So apalagi jom shopping dengan shawl dengan nadiahijabs....Rugi tak beli uolls....


                     

Sabtu, 31 Januari 2015

Kehilangan

Aassalammualaikum dan salam sejahtera buat semua... Maaf kerana lama tak mencoret di sini dan membiarkan blog ni berhabuk... Kebusyan yang melanda kerana bertukar kerjaya membuatkan Nour malas nak update...

Penghujung 2014 juga membawa peristiwa duka buat Nour dan keluarga kerana Nour telah kehilangan insan yang tersayang iaitu abah Nour...Abah pergi dengan cara mengejut.. Tanggal 17 Disember Nour dapat panggilan dari mak yang abah tak sedarkan diri selepas asar...Kemudian abah dibawa ke hospital.. Sakit abah juga misteri buat kami... Hanya 10 hari abah terlantar sakit tanpa sedarkan diri kemudian dijemput balik oleh penciptaNya pada 27 Disember 2014 jam 1.15 pagi... Kami redha cuma sedikit terkilan sebab tak berpeluang langsung berbual dengan arwah kerana arwah langsung tak sedarkan diri sepanjang dirawat.. Hanya tangan dan kaki arwah yang bergerak jika kami berbual dengannya... Mak juga terkilan sebab arwah tak sempat melihat adik Nour kawin pada Mac ini..

Kami redha dengan ketentuan Ilahi kerana semuanya telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Walaupun sedih dengan pemergiannya tapi Nour sedikit lega kerana arwah pegi dengan cara yang baik dan sangat mudah...Semasa Nour dan adik-beradik membaca Surah Yaasin untuk arwah, Mak membuka kain yang menutup arwah dan kami lihat arwah senyum seolah-olah seperti sedang tidur, dahi arwah juga berpeluh, wajahnya langsung tak pucat.

Ramai tetamu yang menziarah arwah dan Nour ucapkan bebanyak terima kasih sebab banyak membantu kami sekeluarga menguruskan jenazah sehingga dikebumikan.. Kenduri tahlil juga penuh dengan tetamu tanpa jangkaan dan kami mohon maaf kerana ada kekurangan disebabkan tetamu yang luar dugaan..

Al-Fatihah buat Abah dan Semoga Abah tenang di sana.. InshaAllah semoga kita dapat bertemu di Syurga kelak....Aamiin...






Rabu, 30 April 2014

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur PWTC 2014

Sekarang ni masih lagi berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC yang telah bermula pada 24 April 2014 sehingga 4 Mei 2014 ini...

Nour dan Fadzilah telah pergi pada hari pertama lagi Pesta Buku dibuka...semangat betul kami.... Alhamdulillah kami berjaya sampai walaupun keadaan kesihatan Nour kurang baik pada hari tersebut.. Cuaca pun hujan pagi tu dan kami pergi agak lewat juga...

Okey bagi yang tak tahu bagaimana nak pergi ke PWTC dari UKM... Mula-mula naik komuter dari UKM ke Bandar Tasik Selatan.. kemudian di Bandar Tasik Selatan pergi naik LRT ke PWTC.. tapi kena jalan kaki sikitlah ye.. takdelah jauh mana dan laluannya pun berbumbung...
 
Sampai di PWTC rambang mata tengok buku-buku rasa macam nak beli semua... hehe...Jalan punya jalan.... akhirnya inilah buku pertama yang Nour beli...

Okey gambar ni kat booth Hijjaz Records Publishing Sdn Bhd

Kat HRPSB ni Nour rembat 3 buku sebab harganya murah jika beli 3 iaitu RM100.. Paling best ada cabutan bertuah dan Nour dapat CD percuma kumpulan Hijjaz.. Gambar kat atas ni Nour tak letak watermark sebab gambar ni dicilok dari FB HRSB....hehe... Gambar dari Handphone Nour kurang terang la plak.....


Okey misi seterusnya kami jalan lagi dan pergi ke booth PTS pula... kebetulan ada Pak Latib penulis buku sejarah yang terkenal tu... apalagi excited sungguh lah si Fadzilah sebab dia memang peminat setia Pak Latib... Okey ni gambar kami bersama Pak Latib... 

Gambar bersama Pak Latib...

Kat booth PTS ni Nour pun rembat 3 buah buku juga.. kesemuanya karya Pak Latib.. sebelum ni pernah baca karya Pak Latib tapi tak pernah beli pun... hehe...itupun masa kena buat assigment masa degree aritu... So, Nour decide untuk beli Pakej Sejarah Islam yang mengandungi Perang Badar, Perang Khaibar dan Perang Uhud.. Hargapun murah jika beli pakej macam ni...RM50 je... tak percaya tengok bawah ni..


Kemudian kami singgah di booth Telaga Biru pula... Fadzilah beli buku Kenali Rasul Kita Muhammad pada harga promosi RM80... Nour tak beli sebab kekurangan duit..huhu...kalau dapat baucar buku Nour rembat dah... xpelah Nour akan try cari juga buku tu nanti... 
Kat Telaga Biru ni Nour belikan buku untuk adik bongsu Nour... Sebelum ni adik selalu minta Nour download ayat-ayat dan bacaan yang perlu dihafal dalam solat.. Hope lepas ni adik akan lebih rajin solat ye.. sebab tahun depan da 10 tahun da...nanti kena rotan dengan abah...huhuhu...

Buku Step by Step Solat dari Telaga Biru karya Fauzi Abdul Hamid




Tourism English

Ok tak hilang lagi penat gi MIHAS keesokan harinya pulak Nour dan rakan jadi peserta untuk Tourism English di Homestay Rawa, Lenggeng, Negeri Sembilan..

Masa majlis perasmian ada pertunjukkan tarian piring..seram Nour tengok mereka jalan atas pring kaca yang telah pecah...Nak tengok tak???? Ok ni videonye...




















 First time naik kuda..rasa excited dan happy sangat...







MIHAS 2014

Aassalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Lama da x mengupdate blog...jenguk-jenguk blok da bersawang da...nasib baik takde labah-labah.....hehe....Sorila ye April ni Nour agak busy..dengan kena gi field work kerjanya serta aktiviti-aktiviti lain...Okey baiklah...Nour just nak story yang Nour dan rakan2 RA pergi MIHAS pada tempoh hari...


Okey kami plan pegi kol 9 pagi tapi disebabkan Nour dan roomate terlepas bas...Maka kami terlewat cikit... Sorry guys...sebab kami uolls pun lambat pegi gak...Biasalah kan naik public transport.. Kami amik Komuter dari UKM ke KL Central... Kemudian naik LRT pulak ke KLCC...

Banyak booth kat sana dan yang paling best dapat makan free..lenguh juga lah kaki ni berjalan...Apakata korang tengok jelah gambar2 kat bawah ni...malas nak story ye...









Dah sampai KLCC of course la nak pose dekat KLCC Twin Tower kan... hehe... Seronok jugalah sekali-sekala keluar dengan officemate untuk hilangkan tension...



Khamis, 13 Februari 2014

Contest Blouse Cotton Tijani

Aassalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Baru-baru Nour ada join Contest Blouse Cotton Tijani anjuran My Blouse Shop...

Cara contest ni senang je... mula-mula mesti lah kena like facebooknya kan iaitu Myblouseshop by Decenza Official Kemudian just comment "SAYA MAHU" pada facebook contest tu kemudian just ikut step yang diberikan by email....

Alhamdulillah dalam ramai-ramai peserta nour terpilih sebagai salah seorang pemenang.. tak sangka pun boleh menang sebab memang tak letak harapan tinggi pun tapi dah rezeki.. Alhamdulillah dan terima kasih admin Busana Wanita Online sebab pilih Nour....

Sebagai pemenang kami berpeluang memilih sendiri warna blouse yang kami minati dan antara pilihan blouse yang disediakan adalah seperti gambar di bawah ni....


Semua cantik tapi apakan daya kena pilih 1 warna je....Ce teka...ce teka Nour pilih yang mana...


Tadaaa!!!!!

Nour pilih warna Maroon...hehe...

   Tengok dalam plastik pun da nampak cantik kan?   

 
     Ha...inilah rupanya bila digayakan ke pejabat..hehe..


Kepada sesiapa yang minat nak beli blouse ni bolehlah berhubung dengan admin Myblouseshop.. Memang tak rugilah sape yang beli blouse ni sebab sangat selesa dipakai dan jahitannya juga kemas...











Isnin, 30 Disember 2013

Berkelah di Sungai Congkak

Aassalamualaikum dan Salam Sejahtera semua........

Ni entry terakhir buat tahun ni... jadilah daripada takde kan... hehe... Pada 21 Disember 2013, Nour dan geng2 RA pergi berkelah di Sungai Congkak... release tension katakan setelah busy menghadap kerja yang tak pernah habis....huhu...Tak mau tulis banyak2 just layan je la gambar2 yang disediakan ini...hehe...

Ni gambar semasa di rumah Kak Sri Wani sebelum bertolak ke Sungai Congkak

Kesian sekali dengan kumbang yang terpaksa tolak troli yang agak berat..

SubhanAllah cantik pemandangan di sini..

Dah sampai apalagi posing la...

Wajah-wajah excited biler nampak sungai..

Sessi membakar ikan dan ayam

Lepas mandi makan lah apalagi...Erk alhamdulillah kenyang....

Posing lagi setelah packing barang2 untuk dibawa balik

Tetiba ada kumbang menyelit la plak

Posing di pintu masuk sebelum pulang

Seronok sekali-sekala keluar dengan officemate macam ni...dapat mengeratkan lagi ukhwah yang terjalin.. Nak pi jauh2 tak mampu dan ada kekangan masa jadi pilih tempat dekat2 je la nak hepi2 dengan diaorang.. Thanks so much buat Kak Sri Wani sebab tolong masak kan kami Nasi Beriani, Nasi impit, rendang, kek marble, kek karamel dan bahan-bahan untuk BBQ..Tak lupa buat pembantu Chef Ayin & Kasmera yang banyak membantu.. Terima kasih juga buat Akma, Anne, Iera, Ieqa, Ct dan Wan yang sporting...
 Big Smileys



 
Copyright 2012 © Reserved to Arimaliamsi Design By Cik Nurfarah