Alhamdulillah syukur
dipanjangkan usia sehingga dapat bertemu kembali pada tahun baru hijrah. Sedar
tak sedar da 10 hari da kita berada di tahun baru hijrah dan hari ni da
merupakan 10 Muharam yang merupakan hari asyura. Hari Asyura ini diambil dari
perkataan Arab “ASYARAH” yang bermaksud Sepuluh.
Rasulullah S.A.W telah
menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari ini kerana ia mempunyai
kelebihan yang tersendiri disamping kelebihan bulan Muharram itu sendiri .10
Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita
bersama iaitu pada hari inilah Nabi Musa A.S dan pengikutnya telah diselamatkan
oleh Allah daripada musuh mereka iaitu Firaun dan bala tenteranya. Nabi Musa
A.S telah berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda syukur ke hadrat Allah
S.W.T.
Hadis
Riwayat al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
“Bahawasanya ketika masuk kota Madinah,
Rasulullah S.A.W mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Maka
Rasulullah S.A.W berkata kepada mereka: “Ada apa dengan hari ini sehingga kamu
berpuasa padanya?” Mereka berkata: “Ini adalah hari yang agung, hari yang Allah
selamatkan Nabi Musa dan kaumnya padanya serta Allah tenggelamkan Firaun dan
tenteranya. Maka berpuasalah Musa sebagai bentuk rasa syukur dan kami pun ikut
berpuasa padanya. “Maka Rasulullah SAW berkata:” Kalau demikian, kami lebih
berhak terhadap Musa daripada kamu sekalian. “Maka berpuasalah Rasulullah S.A.W
pada hari tersebut serta memerintahkan para shahabatnya untuk melakukan puasa
pada hari itu.”
Namun,
bagi mengelakkan kita menyerupai amalan orang Yahudi yang hanya berpuasa pada
hari Asyura sahaja maka nabi telah bersabda yang bermaksud:
“Puasalah kamu pada Hari Asyura dan
berbezalah dengan orang-orang Yahudi iaitu puasalah sehari sebelumnya dan
sehari setelahnya.” (Hadis Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi)
Niat Puasa Hari Asyura adalah
seperti berikut:
“Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari
Asyura kerana Allah Taala.”
Hadis tentang kelebihan berpuasa
pada 10 Muharram adalah seperti berikut:
“Puasa yang paling afdhal selepas
puasa Ramadhan ialah (puasa) di bulan Allah iaitu bulan Muharram dan solat yang
paling afdhal selepas solat fardhu adalah ialah solat sunat malam”
(Hadis Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah R.A)
Sabda Rasulullah S.A.W yang
bermaksud:
“Aku
berharap pada Allah dengan puasa ‘Asyura ini dapat menghapus dosa selama
setahun sebelumnya.”
(Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Qatadah R.A)
“Sesiapa
yang berpuasa pada Hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun dan sesiapa yang
bersedekah pada Hari Asyura adalah seumpama bersedekah setahun.”
(Hadis Riwayat
al-Bazzar)
Aishah R.A berkata yang bermaksud:
"Rasulullah S.A.W
mengarahkan supaya berpuasa pada Hari Asyura. Apabila puasa bulan Ramadan
difardhukan (diwajibkan), siapa yang hendak berpuasa (pada Hari Asyura) maka
dia boleh berpuasa dan sesiapa yang hendak berbuka, maka dia boleh berbuka
(tidak berpuasa).”
(Hadis Riwayat Imam
Bukhari)
Selain
ibadah puasa, terdapat amalan sunat yang boleh dilakukan pada Hari Asyura
iaitu:
1) Solat
Sunat
2) Bersedekah
3) Meluaskan
belanja
4) Bercelak
5) Mandi
Sunat
6) Menghubungkan
silaturahim
7) Ziarah
Ulama
8) Membaca
Surah al-Ikhlas 1000 kali
9) Menyapu
Kepala Anak Yatim
10) Menziarahi
Orang Sakit
11) Membaca
Hasballah
12) Memotong
Kuku
13) Menghidupkan
Malam
14) Menahan
marah
15) Menjamu
orang berbuka puasa